PROGRAM ASASI SAINS UMK-MARA

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
[UPDATE]




PROGRAM ASASI SAINS UMK-MARA

Program Asasi Sains UMK-MARA merupakan nama baru kepada Program Persediaan Keusahawanan Sains yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 pada bulan mei. Program ini merupakan program persediaan selama setahun (tempoh pengajian 2 semester) di Kolej MARA Kulim, Kedah yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM sebelum menjalani program Sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran merangkumi teori(kuliah) dan amali serta pedekatan kerja lapangan, lawatan dan juga pembentangan dalam seminar berasaskan permasalah juga digunakan.

  • Graduan Program Asasi Sains UMK-MARA boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam program sarjana muda dalam bidang sains gunaan, doktor perubatan veterinar, sains seni bina dan teknologi kejuruteraan selepas tamat pengajian (sekiranya menepati syarat-syarat kemasukan).
  • Program Asasi Sains UMK-MARA sangat menekankan kepada pembangunan insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan memiliki nilai-nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis usahawan bumiputera berteraskan sains dan pemimpin masa depan.
  • Program Asasi Sains UMK-MARA juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)


    • UMK adalah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-19 di Malaysia
    • Falsafah kurikulum UMK adalah berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dengan slogannya: Entreprenuerial University dan Entrepreneurship is Our Thrust digunakan dengan meluas.
    • Fakulti dan Program Pengajian yang terdapat di UMK:-
      1. Fakulti Perubatan Veterinar (Kampus Pengkalan Chepa)
      2. Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (Kampus Jeli)
      3. Fakulti Sains Bumi (Kampus Jeli)
      4. Fakulti Kejuruteraan Biologi dan Teknologi (Kampus Jeli)
      5. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (Kampus Pengkalan Chepa)
      6. Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesihatan (Kampus Pengkalan Chepa)
      7. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (Kampus Bachok)
      8. Fakulti Seni Bina dan Ekistik (Kampus Bachok)
      9. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
      10. Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
    Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.umk.edu.my/rasmi/

    Perlaksanaan PASains UMK-MARA



    PASains UMK-MARA dilaksanakan untuk melahirkan pelajar sains yang berorientasikan keusahawanan dan ia menekankan kepada pembangunan minda dan sahsiah pelajar-pelajarnya.

    BAGAIMANA?

    Melalui sistem penyampaian PASains UMK-MARA, yang terdiri daripada:-


    1. Kuliah/Tutorial - lebih terdorong kepada penggunaan pendekatan Student Centered Learning seperti Case Study, Problem-Based Learning (PBL), Project Oriented Problem-Based Learning, Discussion, Presentation danVisitation.
    2. Praktikal - Pengajaran dan pengendalian secara praktikal pula melibatkan praktikal di makmal dan pengendalian praktikal di lapangan. Dalam praktikal lapangan, pelajar dibawa keluar bilik kuliah ke kilang-kilang dan tempat di mana sains dan teknologi diaplikasikan.
    3. Program Sokongan Pengajaran - Student Entrepreneurial Experience Programme (SEEP) - pelajar menimba pengalaman sebagai usahawan
    4. Seminar Keusahawan - Tokoh usahawan dijemput untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan.


    STRUKTUR PASains UMK-MARA 



    PROGRAM ASASI SAINS UMK-MARA



    SEMESTERKURSUS YANG DITAWARKAN KOD KURSUS KREDIT 
     IMatematik Am 
    Pengantar Biologi
    Prinsip Kimia
    Pengenalan kepada Fizik
    Bahasa Inggeris
    Bahasa Asing I
    Pengenalan kepada Keusahawanan

    Ko-kurikulum I
    ZMT 00104
    ZBT 00203
    ZKT 00304
    ZFT 00404
    ZIT 00503
    ZAT 00603
    ZET 00703

    UKS 1031
    4
    3
    4
    4
    3
    3
    3

    1
     JUMLAH KREDIT                                                   25
     IIAplikasi Matematik dalam Perniagaan
    Biologi dan Keusahawanan
    Kimia dalam Industri
    Aplikasi Fizik
    Bahasa Inggeris untuk Sains
    Bahasa Asing II
    Gelagat dan Kemahiran Usahawan

    Ko-kurikulum II 
    ZMT 00804
    ZBT 00904
    ZKT 01003
    ZFT 01103
    ZIT 01203
    ZAT 01303
    ZET 01404
    U_ _ 1041
    4
    4
    3
    3
    3
    3
    4
    1
    JUMLAH KREDIT                                                  25
    JUMLAH KESELURUHAN KREDIT50

    sumber: http://asasisains.umk.edu.my/index.php/en/



    SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

    Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan ini hanya terbuka kepada semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia. Pemohon adalah terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan.
    Syarat kelayakan minimun bagi mengikutiu Program Persediaan Keusahawanan Sains ialah spt berikut:

    KEPUJIAN DALAM MATA PELAJARAN DI BAWAH:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris 
    • Matematik
    KEPUJIAN SEKURANG-KURANGNYA 3 DARIPADA MATA PELAJARAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:
    • Matematik Tambahan
    • Kimia 
    • Fizik 
    • Biologi
    • Sains Pertanian
    • Sains
    • Geografi
    SYARAT-SYARAT TAMAT PENGAJIAN

    Calon dikehendaki lulus dgn jumlah kredit minimun 50 kredit mengikut pecahan keperluan struktur program yang telah ditetapkan, terdiri daripada Kursus Teras Program, Kursus Wajib Universiti , Kursus Wajib Keusahawanan dgn Purata Niali Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 dan ke atas.

    Pelajar yang memperolehi PNGK ≥ 2.00  akan dimasukan ke salah satu program sains pada peringkat prasiswazah di UMK. Perlu diingatkan bahawa syarat kemasukan kepada program tertentu berkemungkinan mempunyai syarat yang berbeza dari segi nilai PNGK yang diperlukan

    Pelajar yang memperolehi PNGK dalam julat 1.5-1.99 akan dibenarkan untuk mengulang keseluruham program walaupun telah lulus sebahagian program atau lulus kursus tertentu. Pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali.

    Pelajar yang memperolehi PNGK ≤ 1.49 dianggap gagal dan diberhentikan.


    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN DOKTOR PERUBATAN VETERINAR DI UMK


    12 program pada peringkat prasiswazah ditawarkan selepas tamat pengajian PPKS 

    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Jaminan Makanan) dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian
    • Doktor Perubatan Veterinar





    Testimoni pelajar



    PPKS UMK mempunyai kaedah pembelajaran yang lain dari program yang lain. Ia memerlukan pelajar berdikari dari segenap sudut, secara tidak langsung membina keyakinan diri dan membentuk nilai kepimpinan dan jati diri. Pelajar diberikan kebebasan belajar dan suasana pembeljaran yang menyeronokkan. Ini yang saya mahu Smile

    -M. Norazam Ali (Batch 1, MPP UMK 2014/2015)


    This program has helped me with my confidence level which developed via interactive learning as well as outdoor activities. You should not expect that the lecturers will spoonfeed you from A-Z. They will ask you to learn it by doing it yourself. The internet is your best friend, so use them wisely. The style of learning is actually much more effective than reading from a boring old textbook. If you want something different, UMK is the one. Think science. Think Entrepreneurship.

    -Nora Amelia Ismail (Batch 1)


    Sebagai bekas pelajar Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PPKS UMK), saya yakin yang PPKS ini mampu menghasilkan individu yang cemerlang, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti dan program yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan membina jati diri mereka. Pelajar juga akan didedahkan kepada sifat-sifat keusahawanan dan mampu untuk memupuknya dalam diri mereka.

    -Raja Muhammad Hilmi (Batch 5, Ex YDP PPKS BATCH 5, YDP PENCAK SILAT UMK KAMPUS JELI)


    Assalamualaikum, 
    Berdasarkan pengalaman saya, program PPKS ini merupakan satu program yang baik dalam memastikan pelajar bersedia dalam dunia keusahawanan sebagai teras utama. Hal ini kerana, sepanjang sesi dalam PPKS terdapat beberapa pendedahan dalam aktiviti keusahawanan. Para pensyarah PPKS juga menyokong akan aktiviti kokurikulum ini dan menjadikan medium pengajaran menjadi mudah. 

    Mengapa perlu untuk sertai PPKS ???
    Bagi saya kepada sesiapa yang berminat dalam dunia keusahawanan berlandaskan sains adalah sesuai untuk mereka sertai kerana di Malaysia adalah sangat sukar untuk mendapat ilmu sains berteraskan keusahawanan. Di sini anda akan diajar bagaimana dengan ilmu sains mampu menjana pendapatan. Sekiranya dibandingkan dengan Universiti lain, mereka hanya mengutamakan pelajaran semata2 dan tiada persiapan sebagai second plan untuk generasi baru dalam mempersiapkan diri mereka ke dunia sebenar.

    Tambahan pula, nilai keusahawanan dapat diterapkan dalam diri seseorang. APA ITU NILAI KEUSAHAWANAN? nilai keusahawanan adalah nilai2 yang terdapat dalam diri seorang usahawan seperti berani, kretif, dn lain2. Melalui Program PPKS ini akan didedahkan dan dilatih untuk mempunyai nilai2 ini. Melalui ini, pasaran anda sebagai seorang Mahasiswa PPKS amat laku dalam pasaran kerja. (Tetapi kena berusaha lah baru dapat)
    -Amir Kartayasa (Batch 5, MPP UMK 2017/2018)


    PPKS UMK adalah yang terbaik. Ia telah merealisasikan impian saya. Ia telah mengajar saya erti kehidupan sebenar.

    -NurSyafika Amiruddin




    This is an updated blog about Program Asasi Sains UMK-MARA.

    For registration can go to Asasi Sains UMK website.

    Any inquiry can contact thru my email or go to the website that I list below.





    1. Batch 2
    2. Batch 3
    3. Batch 4
    4. Batch 5
    5. Batch 6

    Comments

    1. Assalam nak tnya,
      Memang bleh smbung ijazah yg tu sahaja ke ?
      Ijazh lain tk bleh ?

      ReplyDelete
    2. Assalamulaikum akak, klau sambung di Universiti selain umk boleh ka cthnya uitm or UM

      ReplyDelete
    3. assalammulaikum kak after habis diploma kat umk kita boleh ambil degree kat uni lain ke ? or mmg tak boleh and kena sambung jugak dgn program ijazah yang umk bagi ?

      ReplyDelete
    4. Asasi yg boleh lompat ke u lain hanya asasi uitm dan um sahaja...klau amek asasi di umk..kne sambung degree di umk juga...

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    Family Geosains UMK Kampus JELI

    PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS