PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Assalamualaikum..
BerMINAT ingin mengikuti Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan???
disini ana akan cerita kan sikit apa itu Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan or kami sume pggl ia PPKS UMK OR PPKS saja.
ok
PPKS UMK ni merupakan program persediaan setahun di mana ianya under Universiti Malaysia Kelantan UMK.
- Mwujudkan kekuatan dalam bidang keusahawanan dgn melahirkan pelajar bidang SAINS y mempunyai pengetahuan dan kemahiran asa yang kukuh dalam bidang keusahawanan. (bukan blaja sal keusahawan je taw kami major sains tpi soft skill dia keusahawanan)
- Melahirkan pelajar yang mempunyai latar belakang keusahawanan dan sains yang kukuh dan mencukupi untuk menampung keperluan pelajar berkualiti ke program ijazah pertama dalam bidang sains termasuk program perubatan veterinar dan program sains y lain y tlah dirancangkan di UMK.
PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
PPKS UMK berhasrat melahirkan insan yang berdikari, yang mampu mencari peluang, boleh mencipta pekerjaan sendiri dan untuk orang lain.
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.umk.edu.my/rasmi/
KOLEJ MARA KULIM (KMKulim)
Untuk maklumat lanjut sila klik >> sejarah KMKulim
|
sumber : http://www.kmkulim.edu.my
Perlaksanaan PPKS UMK |
PPKS UMK dilaksanakan untuk melahirkan pelajar sains yang berorientasikan keusahawanan dan ia menekankan kepada pembangunan minda dan sahsiah pelajar-pelajarnya.
BAGAIMANA? Melalui sistem penyampaian PPKS UMK, yang terdiri daripada:-
|
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan ini hanya terbuka kepada semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia. Pemohon adalah terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan.
Syarat kelayakan minimun bagi mengikutiu Program Persediaan Keusahawanan Sains ialah spt berikut:
KEPUJIAN DALAM MATA PELAJARAN DI BAWAH:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
KEPUJIAN SEKURANG-KURANGNYA 3 DARIPADA MATA PELAJARAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Prinsip Akaun
- Seni Visual
- Lukisan Teknik
- Sains Pertanian
SYARAT-SYARAT TAMAT PENGAJIAN
Calon dikehendaki lulus dgn jumlah kredit minimun 51 kredit mengikut pecahan keperluan struktur program y ditetapkan y terdiri drp Kursus Teras Program, Kursus Wajib Universiti , Kursus Wajib Keusahawanan dgn Purata Niali Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 dan ke atas.
Pelajar y memperolehi PNGK ≥ 2.00 akan dimasukan ke salah satu program sains pada peringkat prasiswazah di UMK. Perlu diingatkan bahawa syarat kemasukan kepada program tertentu berkemungkinan mempunyai syarat y berbeza dari segi nilai PNGK yang diperlukan
Pelajar yang memperolehi PNGK dalam julat 1.5-1.99 akan dibenarkan untuk mengulang keseluruham program walaupun telah lulus sebahagian program atau lulus kursus tertentu. Pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali.
Pelajar yang memperolehi PNGK ≤ 1.49 dianggap gagal dan diberhentikan.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BIDANG SAINS DAN VETERINAR YANG DITAWARKAN
8 program pada peringkat prasiswazah ditawarkan selepas tamat pengajian PPKS
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dgn Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Penternakan) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Teknologi Bioindustri) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosaians) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Teknologi Bahan) dgn kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Teknologi Sumber Hutan) dgn kepujian. (akan ditawarkan kemudian)
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Tenaga) dgn kepujian. (akan ditawarkan kemudian)
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi dan Jaminan Makanan) dengan kepujian. (akan ditawarkan kemudian)
- Doktor Perubatan Veterinar (DPV)
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari http://lamaninteraksisosialppksumk.blogspot.com/p/pengenalan.html
untuk mengenali ppks umk dgn lebih dekat
Testimoni pelajar
PPKS UMK mempunyai kaedah pembelajaran yang lain dari program yang lain. Ia memerlukan pelajar berdikari dari segenap sudut, secara tidak langsung membina keyakinan diri dan membentuk nilai kepimpinan dan jati diri. Pelajar diberikan kebebasan belajar dan suasana pembeljaran yang menyeronokkan. Ini yang saya mahu
-M. Norazam Ali
This program has helped me with my confidence level which developed via interactive learning as well as outdoor activities. You should not expect that the lecturers will spoonfeed you from A-Z. They will ask you to learn it by doing it yourself. The internet is your best friend, so use them wisely. The style of learning is actually much more effective than reading from a boring old textbook. If you want something different, UMK is the one. Think science. Think Entrepreneurship.
-Nora Amelia Ismail
Saya amat bersyukur kerana memilih PPKS UMK. Semua yang saya lalui amat berharga dan menjadi kenangan terindah. Kami didedahkan dengan praktikal dan teori yang amat berlainan dengan sukatan pelajaran biasa. Jadi, sertailah program ini! Pasti anda akan melalui satu pengalaman yang menarik...
-Ayu Fazlina Kamarudin
I gain a lot of experience from this program. We don't only learn Science but also Science in Entrepreneurship. This program has a lot of fun activities such as field trips in every semester. And for sure, it is fun!
-Muhd Faiz Md Fauzi
PPKS UMK adalah yang terbaik. Ia telah merealisasikan impian saya. Ia telah mengajar saya erti kehidupan sebenar.
-NurSyafika Amiruddin
sumber : http://www.kmkulim.edu.my
ok..just that all yang ana boleh kongsi kan dgn koranmg ttg PPKS UMK btw kalau berminat boleh PM or msg ana di FB TWITTER or kat Blog ..
Twitter- https://twitter.com/AnaChocoBerry
Oh utk makluman je..skrang ni kami nak masuk sem 3 26/01/2014
n sem ni kami banyak kluar kolej..untuk aktiviti subjek sains , ko and etc..
Ana Okazaki Nana951009
Comments
Post a Comment