PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Assalamualaikum..
BerMINAT ingin mengikuti Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan???
disini ana akan cerita kan sikit apa itu Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan or kami sume pggl ia PPKS UMK OR PPKS saja.
ok
PPKS UMK ni merupakan program persediaan setahun di mana ianya under Universiti Malaysia Kelantan UMK.

MATLAMAT PROGRAM

  1. Mwujudkan kekuatan dalam bidang keusahawanan dgn melahirkan pelajar bidang SAINS y mempunyai pengetahuan dan kemahiran asa yang kukuh dalam bidang keusahawanan. (bukan blaja sal keusahawan je taw kami major sains tpi soft skill dia keusahawanan)
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai latar belakang keusahawanan dan sains yang kukuh dan mencukupi untuk menampung keperluan pelajar berkualiti ke program ijazah pertama dalam bidang sains termasuk program perubatan veterinar dan program sains y lain y tlah dirancangkan di UMK.


PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN


  • PPKS UMK adalah sebuah program persediaan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini adalah inisiatif Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijalankan di Kolej MARA Kulim.
  • Matlamat PPKS UMK adalah untuk menyediakan bakal graduan dengan ilmu dalam bidang sains dan diperkukuhkan dengan bidang keusahawanan.
  • Graduan PPKS UMK boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam program perubatan veterinari, program sains atau program lain di UMK (sekiranya menepati syarat-syarat kemasukan).
  • PPKS UMK sangat menekankan kepada pembangunan insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan memiliki nilai-nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis usahawan bumiputera dan pemimpin masa depan.
  • PPKS UMK juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.


PPKS UMK berhasrat melahirkan insan yang berdikari, yang mampu mencari peluang, boleh mencipta pekerjaan sendiri dan untuk orang lain.


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)


    • UMK adalah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-19 di Malaysia
    • Falsafah kurikulum UMK adalah berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dengan slogannya: Entreprenuerial University dan Entrepreneurship is Our Thrust digunakan dengan meluas.
    • Fakulti dan Program Pengajian yang terdapat di UMK:-
      1. Fakulti Perubatan Veterinar
      2. Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
      3. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
      4. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
      5. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
      6. Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
    Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.umk.edu.my/rasmi/


    KOLEJ MARA KULIM (KMKulim)


    • PPKS UMK dikendalikan di Kolej MARA Kulim, Jalan Junjong, Kedah Darul Aman.
    • KMKulim adalah sebuah kolej yang telah beroperasi sejak tahun 1977 (sebagai MRSM Kulim).
    • Seterusnya, ia telah meluaskan bidang kepakaran ke peringkat pengajian tinggi dengan mengendalikan program-program matrikulasi dan kursus persediaan (KP) seperti matrikulasi USM, UKM, UUM, UPM, UMS, KPUTM, KPUniKL dan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM).
    • Terkini, KMKulim mengendalikan program MKPM dan PPKS UMK.
    Untuk maklumat lanjut sila klik >> sejarah KMKulim



    Perlaksanaan PPKS UMK

    PPKS UMK dilaksanakan untuk melahirkan pelajar sains yang berorientasikan keusahawanan dan ia menekankan kepada pembangunan minda dan sahsiah pelajar-pelajarnya.

    BAGAIMANA?

    Melalui sistem penyampaian PPKS UMK, yang terdiri daripada:-

    1. Kuliah/Tutorial - lebih terdorong kepada penggunaan pendekatan Student Centered Learning seperti Case Study, Problem-Based Learning (PBL), Project Oriented Problem-Based Learning, Discussion, Presentation danVisitation.
    2. Praktikal - Pengajaran dan pengendalian secara praktikal pula melibatkan praktikal di makmal dan pengendalian praktikal di lapangan. Dalam praktikal lapangan, pelajar dibawa keluar bilik kuliah ke kilang-kilang dan tempat di mana sains dan teknologi diaplikasikan.
    3. Program Sokongan Pengajaran - Student Entrepreneurial Experience Programme (SEEP) - pelajar menimba pengalaman sebagai usahawan
    4. Seminar Keusahawan - Tokoh usahawan dijemput untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan.


    Struktur Program PKS-UMK


    PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN


    Struktur Program
       SEMESTERKURSUS YANG DITAWARKANKREDIT
              1
    Matematik Am 1
    Pengantar Biologi
    Prinsip Kimia
    Pengenalan kepada Fizik
    Bahasa Inggeris 1
    Bahasa Asing 1
    Asas Keusahawanan
      

           2
           3
           3
           3
           2
           2
           3
          
    Jumlah Kredit       18
              2
    Matematik Am 2
    Biologi dan Keusahawanan 1
    Kimia dalam Industri 1
    Aplikasi Fizik 1
    Bahasa Inggeris 2
    Bahasa Asing 2
    Asas Pengurusan
    Ko kurikulum 1

           3
           2
           2
           2
           2
           2
           3
           1
    Jumlah Kredit      17
              3
    Aplikasi Fizik 2
    Matematik untuk Perniagaan
    Biologi dan Keusahawanan 2
    Kimia dalam Industri 2
    Bahasa Inggeris untuk Sains
    Bahasa Asing 3
    Seminar Keusahawanan Sains
    Ko kurikulum 2

           2
           3
           2
           2
           2
           2
           2
           1
    Jumlah Kredit      16
    Jumlah Keseluruhan Kredit        51
    sumber : http://www.kmkulim.edu.my


    SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

    Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan ini hanya terbuka kepada semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia. Pemohon adalah terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan.
    Syarat kelayakan minimun bagi mengikutiu Program Persediaan Keusahawanan Sains ialah spt berikut:

    KEPUJIAN DALAM MATA PELAJARAN DI BAWAH:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris 
    • Matematik
    KEPUJIAN SEKURANG-KURANGNYA 3 DARIPADA MATA PELAJARAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:
    • Matematik Tambahan
    • Kimia 
    • Fizik 
    • Biologi
    • Prinsip Akaun
    • Seni Visual
    • Lukisan Teknik
    • Sains Pertanian
    SYARAT-SYARAT TAMAT PENGAJIAN

    Calon dikehendaki lulus dgn jumlah kredit minimun 51 kredit mengikut pecahan keperluan struktur program y ditetapkan y terdiri drp Kursus Teras Program, Kursus Wajib Universiti , Kursus Wajib Keusahawanan dgn Purata Niali Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 dan ke atas.

    Pelajar y memperolehi PNGK ≥ 2.00  akan dimasukan ke salah satu program sains pada peringkat prasiswazah di UMK. Perlu diingatkan bahawa syarat kemasukan kepada program tertentu berkemungkinan mempunyai syarat y berbeza dari segi nilai PNGK yang diperlukan

    Pelajar yang memperolehi PNGK dalam julat 1.5-1.99 akan dibenarkan untuk mengulang keseluruham program walaupun telah lulus sebahagian program atau lulus kursus tertentu. Pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali.

    Pelajar yang memperolehi PNGK ≤ 1.49 dianggap gagal dan diberhentikan.


    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BIDANG SAINS DAN VETERINAR YANG DITAWARKAN


    8 program pada peringkat prasiswazah ditawarkan selepas tamat pengajian PPKS 
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dgn Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Penternakan) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Teknologi Bioindustri) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosaians) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Teknologi Bahan) dgn kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ( Teknologi Sumber Hutan) dgn kepujian. (akan ditawarkan kemudian)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Tenaga) dgn kepujian. (akan ditawarkan kemudian)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi dan Jaminan Makanan) dengan kepujian. (akan ditawarkan kemudian)
    • Doktor Perubatan Veterinar (DPV)
    Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari http://lamaninteraksisosialppksumk.blogspot.com/p/pengenalan.html

    untuk mengenali ppks umk dgn lebih dekat

    Testimoni pelajar


    PPKS UMK mempunyai kaedah pembelajaran yang lain dari program yang lain. Ia memerlukan pelajar berdikari dari segenap sudut, secara tidak langsung membina keyakinan diri dan membentuk nilai kepimpinan dan jati diri. Pelajar diberikan kebebasan belajar dan suasana pembeljaran yang menyeronokkan. Ini yang saya mahu Smile
    -M. Norazam Ali


    This program has helped me with my confidence level which developed via interactive learning as well as outdoor activities. You should not expect that the lecturers will spoonfeed you from A-Z. They will ask you to learn it by doing it yourself. The internet is your best friend, so use them wisely. The style of learning is actually much more effective than reading from a boring old textbook. If you want something different, UMK is the one. Think science. Think Entrepreneurship.
    -Nora Amelia Ismail


    Saya amat bersyukur kerana memilih PPKS UMK. Semua yang saya lalui amat berharga dan menjadi kenangan terindah. Kami didedahkan dengan praktikal dan teori yang amat berlainan dengan sukatan pelajaran biasa. Jadi, sertailah program ini! Pasti anda akan melalui satu pengalaman yang menarik...
    -Ayu Fazlina Kamarudin


    I gain a lot of experience from this program. We don't only learn Science but also Science in Entrepreneurship. This program has a lot of fun activities such as field trips in every semester. And for sure, it is fun!
    -Muhd Faiz Md Fauzi


    PPKS UMK adalah yang terbaik. Ia telah merealisasikan impian saya. Ia telah mengajar saya erti kehidupan sebenar.
    -NurSyafika Amiruddin


    ok..just that all yang ana boleh kongsi kan dgn koranmg ttg PPKS UMK btw kalau berminat boleh PM or msg ana di FB TWITTER or kat Blog ..

    Oh utk makluman je..skrang ni kami nak masuk sem 3 26/01/2014
    n sem ni kami banyak kluar kolej..untuk aktiviti subjek sains , ko and etc..



    Ana Okazaki Nana951009

    Comments

    Popular posts from this blog

    PROGRAM ASASI SAINS UMK-MARA

    Family Geosains UMK Kampus JELI